Friday 15 July 2011

Penggunaan Teknologi Dalam Mengajar Sains di Sekolah Rendah

SINOPSIS
    Di negara-negara maju perkembangan dunia teknologi didorong oleh kepentingan teknologi maklumat dan ilmu pengetahuan. Oleh itu, penggunaan komputer amat penting dan menjadi keperluan hidup setiap individu.Sekarang ini, semua negara di dunia ini berlumba-lumba untuk menguasai ICT. Oleh itu, pakar-pakar mahir dalam bidang ICT amat diperlukan.
    Secara tidak langsung, bidang pendidikan perlu disusun semula untuk memenuhi tuntutan ini. Penggunaan teknologi di dalam kelas perlu ditekankan. Sejumlah wang diperuntukan untuk membina makmal komputer. Ramai guru dihantar mengikuti kursus bagi memahirkan diri untuk mengendalikan kelas menggunakan bantuan ICT.
   Penggunaan komputer dalam kelas akan meningkatkan pemahaman konsep teoritikal.Penggunaan simulasi dan bantuan komputer meningkatkan tahap pemahaman pelajar. P&P Sains satu pengalaman yang seronok dan mencabar bagi setiap murid. Penggunaan perisian pendidikan yang dibekalkan oleh Pusat Pembangunan Perkembangan Kurikulum (PPK) dan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dapat membantu guru menyampaikan proses p&p dalam bilik darjah. Tujuannya untuk meringankan tugas guru dan menggalakkan guru berinteraksi dengan murid mengikut kemampuan sendiri.
    Berdasarkan kajian awal, pemerhatian dan pemantauan di salah sebuah sekolah rendah mendapati guru-guru jarang menggunakan perisian pendidikan Sains yang dibekalkan. Ia berdasarkan proses penyeliaan guru semasa mengajar di dalam kelas dan buku log penggunaan perisian pendidikan.
    Hasil kajian mendapati penggunaan perisian pendidikan Sains di tahap sederhana. Daripada tindak balas yang diberikan oleh guru-guru Sains berpendapat bahawa penggunaan perisian membantu pengajaran dan menggunakannya sebagai bahan pengukuhan p&p dan yakin untuk mengaplikasinya di dalam kelas.
    Analisis kajian mendapati penggunaan perisian Sains menimbulkan rasa seronok, mewujudkan suasana p&p yang ceria, memudahkan pelajar memahami isi pelajaran dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif.

1 comment:

  1. Pengajaran sains memang menyeronokkan, tambahan pula kalau guru kerap menggunakan ICT dalam pengajaran.

    ReplyDelete